Sunday, August 22, 2010

SITUASI

Kelam memikirkan sikap dan tabiat manusia yang tidak mahu menjelaskan apa
yang benar dan semahu hati bertegas dalam membuat sesuatu untuk memenangi
dan memuaskan kehendak sendiri.Status diri wajar di maklumkan agar tidak
berlaku kekeliruan dan kemusykilan dalam perhubungan kelak.

Lelaki dan wanita punya satu perasaan semulajadi yang indah juga anugerah yg
tidak ternilai mahalnya…merindui dan menyayangi! kita semua tidak terkecuali
mengalami situasi yang mengasyikkan dan melamun hati.Apa benar kebenaran itu
masing masing punya pengalaman dan sejarah yang tersendiri.

Dalam mengikat perhubungan yang masih baru atau sebaliknya kita diundang
dengan pelbagai ujian dan dugaan yang datang.Sebelum berpadu menjadi satu
selalunya diantara keduanya berbincang dan selidiki latarbelakang masing masing
supaya ancaman dan pelbagai persoalan yang datang tidak memberi kejutan dan
risiko berganda.Beban kerap diterima kerana kita sering berhadapan dengan ritual
yang melibatkan emosi.Namun begitu untuk menyangkal akan sinonim dengan
dendam cinta supaya terurai maka akal fikiran perlu sebaris mengawal hati juga
perasaan agar ianya dapat melerai prasangka supaya kita tidak terkandas dalam
suasana gelombang hati yang tidak terkawal emosi.

Berkawan biar seribu berkasih biar satu..!fenomena ini membuatkan kita terpanggil
sejauh mana pergaulan sesama kita.Dalam perhubungan perlukan keikhlasan juga
kejujuran.Bila dua konteks ciri ini tidak bersepadu dalam mewujudkan nilai
perhubungan yang murni maka timbullah kekeliruan yang pasti menjadi jurang
konflik untuk mencapai kesejahteraan perhubungan.

Konflik positif selalunya menyenangkan kerana ianya ditangani dengan mudah
dengan berbincang.Hasil yang memberangsangkan ini mencetuskan perasaan yang
mengundang kegembiraan kerana pandangan masing masing mempunyai sikap
keterbukaan yang rasional dan optimis.Namun begitu implikasi kelemahan dalam
menyerah kalah dalam perbincangan bukan bermakna kita kalah tetapi memberi
ruang untuk mencari keberkesanan dalam komunikasi yang lebih baik.Sesiapa pun
inginkan kebahagiaan dalam perhubungan.

Lelaki dan wanita perlu berani dan tegas bertindak bila tercetusnya konfrantasi di
antara mereka,Jangan di salah ertikan kerana matlamat kita adalah untuk
merealisasikan hubungan menjadi harmoni dan tidak tersepit dengan kancah
penipuan, kita perlu mempunyai idea dan buah fikiran yang jitu untuk
melaksanakan apa yang perlu dan bermanfaat untuk melaraskan hubungan menjadi
manis dan berkekalan.Sudah menjadi resam dalam kehidupan percintaan, kita
sering menyembunyikan sesuatu malah tidak suka mengatakan yang jujur atau
dalam erti kata tidak mahu berterus terang dengan benar.

konflik negatif selalunya tidak ada jalan penyelesaian sekiranya masing masing
tidak mahu membantu bertegas untuk menyampaikan sesuatu yang
benar.Mungkin lebih elok menyampaikan daripada menyembunyikan sesuatu yang
terlarang yang akhirnya membebankan kedua dua belah pihak.Banyak kisah
sekeliling yang kita lihat dan sering kita dengar melalui pengalaman teman teman
juga catatan ruangan hidup arus manusia yang mengalami trauma dan sejarah
kehidupan sendiri..Mengapa masih ada mereka tidak mahu membuat pengakuan
yang mereka ini sudah berpunya dan dimiliki!!Persoalan ini sering bermain dalam
benak kepala dan kerap menyinggah lalu difikiran kita.Selama mana bertahan
untuk disimpan dan sejauh mana perhubungan itu mampu utuh untuk dibiarkan
berterusan tanpa ada rasa bersalah dan terus membuang masa.

Apa mungkin kita akan menang dan mendapat gelaran yang begitu mulia dalam
menjalin hubungan tiga segi?,Bijak menduakan kekasih hati?,Bangga menjadi pria
rebutan?,Gah memiliki wanita@lelaki dalam satu masa,?Teruja dengan gelaran
pecinta hati bila petik semua menghampiri? Atau gila nama dan kuasa hati kerana
berjaya mendapat apa yang dimiliki juga termiliki?..Ingat semua itu bukan
selamanya dapat membantu untuk mendapatkan orang yang benar benar kita
sayang.Menipu untuk mempertahankan agar hubungan terus kekal tidak mungkin
membuahkan hasil dan pulangan yang indah dalam percintaan.Ramai di kalangan
mereka baik lelaki atau wanita suka membatu diri dan mengikut kehendak
nafsu.Segalang manapun impian dan kehendak hati kita di ajar berlaku jujur dan
ikhlas.Mustahil kita dapat memuaskan hati dan perasaan semua orang sepenuhnya,
tetapi untuk mengatasi konflik secara aman perlu mendapat perhatian supaya kita
tidak dibendung dengan perkara yang boleh mengancam hati dari terus bersikap
berpura pura dan mempertahankan untuk tidak meluahkan perkara yang benar.

Hapuslah sikap ingin menduakan orang yang tersayang dan buangkanlah sikap
mempertahankan status diri sebagai teruna solo atau dara sunti demi menambat
hati kekasih hati.Walhal masing masing sudah berteman tetapi masih tamak ingin
berpasangan.Justeru ianya mengundang dan memerangkap kita dalam dilema dan
tipu muslihat yang tiada sempadan. Kebenaran itu juga akan terbukti bila kita
sentiasa melarikan diri dan memberi pelbagai alasan yang tidak logik dan tidak di
terima akal.Hanya yang waras dan bijak merenung jauh sahaja yang tahu halatuju
dalam menongkah dunia percintaan yang semakin menggusarkan.Ikut rasa binasa
ikut hati mati!…walhal kita semua adalah manusia yang semakin dewasa.Marilah
kita memanusiakan semula manusia agar tidak bersikap hipokrit! Wallahuallam….


Sekadar Renungan
Nik Izuwana@Herlin-Julai 2010-