Monday, May 31, 2010
Adam dan Hawa
Untuk kaum Adam Dan Hawa…. Penciptaan yang begitu sempurna dan seelok kejadian adalah makhluk tuhan yang paling indah adalah manusia iaitu lelaki dan perempuan.Di kurniakan akal dan fikiran juga elok sifatnya.Terbentuknya dua fizikal yang berbeza ini maka lahirlah pelbagai keturunan yang datang.Allah menentukan ciptaan adam dan hawa ini berpasang pasangan yang mempunyai sifat seribu macam perasaaan yang terkandung di lubuk hati dan jiwa. Perasaan yang merangkumi itu amat bermakna kerana nilaian itu satu anugerah Yang Maha Kuasa.Hati..! Bila hati mengiyakan pada sesuatu yang kita suka dan memuja maka terbitlah rasa luahan yang tidak dapat di gambarkan.Perasaan gembira yang pastinya melonjak suka bercampur bahagia.Saat saat indah begini hanya masing masing empunya diri yang tahu segalanya.Mengukur sejauh mana perjalanan dan pengalaman suka duka bila berganding pertemuan dan menjalinkan perhubungan. Untuk Adam dan Hawa,bukan sengaja aku ingin memaparkan kisah dan ragam mereka pada semua tetapi sebagai secalit renungan dan paparan buat pedoman diri.Kita sentiasa di kelilingi dengan seribu satu rencah yang pelbagai kerenah.Banyak sudah di perhatikan dari pengalaman tinjauan teman teman juga diri, kaum adam dan hawa ini adalah sangat istemewa.Berbekalkan cukup sifat dan kesempurnaan kejadian.Bentuk dan corak juga gaya laku sudah di labelkan sebagai pencinta yang bakal di gandingkan dengan wira@wirawati..manakah yang dapat menaklukan hati bertakhta di lubuk diri.Puas sudah ingin menggunakan perkataan Romeo dan Juliet juga Shah Jehan dan MumtazMahal kerana kita melayu sejati punya adat tradisi sendiri. Alkisahnya,semuanya dari hati!...pertemuan terkadang ada secara datang dengan tidak di pinta malah menyusul tanpa di duga.Hati berkata mungkin ada baiknya merapatkan perkenalan itu kerana untung nasib mungkin dia adalah bakal yang bergelar pencinta dan pewaris generasi. Tak kenal maka tak cinta!Benar kata pepatah melayu itu.Tetapi ingat adat melayu juga rasmi ugama, mengajar jangan di galang perkara yang menyimpang dan bercanggah adab kerana kelak hidup tidak mendapat keredaanNYA. Ingin di jadikan synopsis cerita,sering kita dengar bila hati sudah terpaut dan terpegun dengan orang yang kita suka maka timbullah satu kelainan perasaan yang datang.Hati berdebar dan tidak senang berdiri duduk di buatnya.Hati mula lemah dan sukar di bendung lagi kerana bibit rindu sudah mula tumbuh dan bertukar menjadi cinta.Ini tidak dapat disangkal lagi,baik lelaki atau perempuan.Hipokrit menjadi seandainya menipu diri! Cinta dapat mengubah pahit manjadi manis,debu beralih emas,keruh menjadi bening,sakit menjadi sembuh,derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat. Seawal pertemuan sememangnya indah dan cukup merangsangkan jiwa dan minda kerana dialah penawar segalanya.Tidak ada sebarang cacat cela yang terukir dan terpalit walaupun secara tidak langsung ada juga terselit harinya perkara yang tidak di sengajakan waktu bila masa mereka berkata benar atau tidak.Sikap kepercayaan dan tulus yang mendalam terhadap pasangan yang menjadi hubungan itu kekal.Namun begitu masih ada di antara mereka yang sanggup berlaku tidak jujur.Mengapa ini berlaku dan hasilnya pasangan tidak dapat mencari jawapan yang tepat kerana masing masing menyimpan rasa tidak kepercayaan dan bergadai janji mengikut kata hati dan nafsu. Dalam perhubungan perlu bersikap jujur dan ikhlas.Bila semua ini tidak ada dalam kamus hati maka lahirlah perasaan tamak dan ingin mencari pasangan yang lain.Tidak mustahil kalau hati boleh berubah dan berpindah kasih.Kerana semahu hati inginkan kebenaran juga keadilan dalam memihak siapa yang perlu untuk di kongsi dalam membina ikatan hidup.Mengapa perlu menipu dan menjauhkan diri dari pasangan.Ini semua tidak dapat meleraikan prasangka dan mengundang sengketa.Bila kita sudah meletakkan hubungan itu satu perantara yang dapat menjadikan satu kesinambungan untuk masa depan,maka perlulah setiap individu baik lelaki atau perempuan berbincang dan bersatu hati menghadapi segala kemungkinan yang datang.Dalam bercinta bukan hanya sekadar suka suka semata. Mungkin ada di kalangan kita yang berteman tapi mesra.Perlu diingatkan tidak selamanya akan kekal dan melibatkan perasaan yang belum tentu menjadi satu yang abadi.Apa kata mereka yang kecundang hati bila pasangan itu berpura hati bermain sanubari.Tidak elok berlaku begitu..sampai nanti akhirnya memakan diri. Secara jujur kata, ingin di tegaskan bila semuanya dari hati banyak perilaku yang secara sedar atau tidak melibatkan kejujuran ,kesetiaan,ketulusan,keikhlasan dan ketegasan.Ini semua perlu di garapkan untuk membina satu ikatan yang panjang dan selama hayat bersemi.Untuk kaum Adam dan juga Hawa,jika hati telah bertekad dan sebulat hati memilih pasangan anda sebagai Raja@Ratu dihati mereka maka berusahalah untuk menjadikan ianya sebagai pilihan yang wajar.Bertanggungjawab dalam memilih sebagai teman hidup bukan di canang untuk di permainkan dan diperkotak katikkan tetapi sebagai rakan perkongsian ke akhir hayat.Bila ada perselisihan faham jangan biarkan ianya berpanjangan.Luahkan dengan lapang dada untuk berbincang kerana hasil keduanya tidak ada dendam. Bagi yang sudah lama bercinta dan sedang bercinta..sungguh bertuah bila diri dalam dunia fenomena ini…tetapi perlu di ingatkan mencintai tidak semestinya memiliki!Dan juga pada yang masih mengenang cinta yang lama memang sukar untuk melupakan rasa cinta itu kerana menyayanginya,tetapi cinta akan hilang bersama masa.Bak kata pepatah”cinta akan hidup bersama dengan waktu,apabila waktu itu mati maka matilah cinta suci itu”.Cinta adalah keabadian dan kenangan yang terindah.Abadikanlah rasa cinta itu.Usah hukum diri jika putus cinta!Mungkin ada hikmahnya mengapa dan kenapa kita tidak di takdirkan dengannya.Kekuatan perlu disemai dan seharusnya jati diri juga harus utuh dan teguh.Penilaian hati anda sendiri menentukan sejauh mana perlunya untuk mengukur kebenaran ini…..
Subscribe to:
Comments (Atom)